>

TemaN-TeMan

Support Kawan-Kawan

MH KAMERA.BLOGSPOT.COM
-

Tuesday, March 26, 2013

Komposisi Subjek Didalam Frame Gambar

Komposisi subjek didalam gambar adalah amat penting. Tips dan peraturan ini saya dedikasikan didalam blog ini supaya saya sentiasa akan menjadikannya sebagai panduan untuk saya.

Letakkan subjek pada tempat yang paling menarik dalam framing anda. Tak semestinya anda perlu meletakkan subjek ditengah. Experimen dengan posisi paling menarik.

Asas Fotografi, Perkahwinan Pakej, Kamera
Subjek Ditepi Frame
Kompisisi Subjek Framne Fotografi asas Fotografi
Subjek ditepi sudut bawah

Asas Fotografi Tips Photografer
Subjek Ditengah

Subjek asas Fotografi kamera Jamil
Subjek Ditepi Kiri Frame

Wednesday, March 20, 2013

Point of Interest (POI)

"Poi (Point of Interest) adalah kawasan yang akan menarik mata penonton melihatnya. Pastikan POI anda unique di dalam gambar."


Hari ini saya ingin memepelajari dan cuba memahami apakah yang dikatakan "Poi".
Kemahiran Poi ini adalah salah satu kemahiran yang harus dikuasai supaya gambar kita menjadi menarik dan dapat mencapai apa yang kita hasratkan didalam sesuatu gambar itu.

Gambar dibawah adalah antara berpuluh ribu gambar yang saya ambil. Anda nilaikan lah sendiri.
Bagi saya dah ok. Tetapi saya tidak tahu bagaimana dengan anda yang melihatnya. Adakah ianya mencapai apa yang dikatakan "Poi" itu.

Belajar DSLR, Tips Gambar, Belajar Asas Fotografi

Belajar DSLR, Tips Gambar, Belajar Asas Fotografi




7 Perkara penting dalam Komposisi Fotografi

1. Pastikan gambar anda mempunyai Point of Interest (POI). Poi adalah kawasan yang akan menarik mata penonton melihatnya. Pastikan POI anda unique di dalam gambar. 


2. Letakkan subjek pada tempat yang paling menarik dalam framing anda. Tak semestinya anda perlu meletakkan subjek ditengah. Experimen dengan posisi paling menarik.


3. Ringkaskan gambar anda. Hanya masukkan elemen yang paling penting dan yang mahu diceritakan. Samada mengurangkan elemen, ataupun mengurangkan warna, boleh memberikan penceritaan tertentu.


4. Sudut pandang juga penting. Anda boleh mengambil dari sudut paras mata, sudut bawah, atau sudut atas. Setiap satu akan beri impak psikologi tertentu.


5. Bentuk. Setiap perkara yang dirakam mempunyai bentuk. Sesetengah benda mungkin lebih menarik sekiranya kita rakamkan bentuknya. Sudut dan cahaya memainkan peranan untuk merakam bentuk sesuatu objek


6. Line. Asas penghasilan bentuk, adalah menggunakan line. Amati dan lihat bagaimana line boleh memberikan impak dalam gambar.


7. Perspektif akan beri depth dalam gambar.



Sumber :  http://adhadi.com/7-perkara-penting-dalam-komposisi-fotografi/